Saturday, July 5, 2014

S E M A L A M, H A R I I N I & E S O K

by : DALAI LAMA

D U R I & K E H I D U P A N

D U R I
sejarah yang membawa kita berlari
kesilapan yang memberhentikan kita
kebenaran didalam kesiangan malam yang bisu

K E H I DU P A N
peristiwa yang mewarnai sejarah lalu
merantai kesilapan dalam kebisuan dunia
mencipta kebenaran dari perhentian lampau

adalah kita sebagai umatnya
dicipta, mencipta dan tercipta
mencari laluan didalam DURI & KEHIDUPAN
yang menusuk-nusuk dalam minda

adalah kita sebagai penjalannya
ditari, menari dan tertari
dengan KEHIDUPAN yang penuh DURI berbisa
yang perih dan pedih

semakin hari semakin jauh kita mengembara
semakin hari semakin kita ini SIAPA?
dalam mencari KEHIDUPAN kita sebenarnya mengharungi DURI
berbisa
sakit
luka
pedih
tangis
sendirian
dan hilang
apakah erti HIDUP ini adalah yang itu?

D U N Y A

Adaklanya sendirian itu lebih menenangkan,
merenung peristawa lama yang ditinggal.
sekadar merenung.

DUNYA
pelbagai helah dicipta
pelbagai tipu daya terlahir
kepura-puraan menjadi hiasan

DUNYA
menggunakan nama terakhir adalah MANUSIA
dimana masa menjadi perantara
didalam cerita sebagai pencerita

DUNYA
bait-bait perkataan yang menusuk
warna-warna lukisan yang membunuh

pada akhirnya Sendirian sebenarnya,
tatkala senja menanti membawa ku pulang pada akhir nanti....


Friday, May 16, 2014

M E L O D R A M A

Diatas ini
kita menari
kita berlari
kita menangis
kita tertawa
kita berduka ceria

Namun ini semuanya sekadar hiasan
semata-mata perhiasan

Kita tahu arah dan tuju
tapi kita masih lagi mencari-cari sebuah kehidupan yang abadi

Diatas ini
kita adalah pelakon
kita adalah penari
kita adalah pencerita
kita adalah peneroka
dan juga
seorang pengembara

Mengembara diatas tali kehidupan 
merentas lautan duniawi
berenang melalui keinginan hati

Tanpa kita sedari 
pilihan adalah jumlah skrip yang kita amati

....M E L O D R A M A....

Thursday, November 29, 2012

P E R M A T A

kita sebagai umat manusia berjalan merentas masa didalam haluan yang disediakan,
haluan yang dipilih mahupun haluan songsang dan gelap gelita.
didalam diri kita mempunyai subutir permata yang telah azali terbentuk untuk menentukan haluan tuju hidup kita.
warna permata tersebut terhasil setelah cerita kisah kita dicorak  sama seperti diatas lembaran kain putih.

indahnya impian bersama butiran permata yang digilap dengan haluan serta laluan yang dilalui dalam mengilapkan butir-butir permata itu.
sememangnya kita semua dirantai diatas tujuan yang sama tetapi dalam mencapainya berbagai haluan dicipta untuk hasilnya.

~tidakah kita takut kehilangan butiran permata yang berharga itu?

lalu segelintir kita meletakan butiran permata itu di tempat yang paling tinggi, 
dimana tiada siapa mampu mengapainya sebalinya mahu memujanya.
suatu hari,
kita lalai dengan hasil yang tidak begitu mengairahkan 
kita lalai dengan pujaan yang tidak ikhlas sebaliknya ingin hanya melihat sinaran, kilauan, kerdipan permata yang hanya mampu menjadi penyedap keringat semasa.

kita kian lupa dimana ketinggian yang dahulunya kita letakan permata berharga itu
semakin tinggi kita memanjat
semakin jauh kita lalai serta leka didalam mencari,
lalu jatuh bersama harapan dan impian hinggakan menyentap perasaan
didalam sedar kita terluka kerana butir permata yang digilap kini menghempap rantai haluan membuatkan 
tak daya berjalan walau mmengikut rentak

berkecai impian
musnahlah harapan kerana ketika ini 
MUNGKIN
tiada siapa ingin menghulurkan tangan mereka lagi seperti masa masa lalu

jika sekarang kita mengejar impian, jangan pula nanti kita menadah harapan
tepai ingat yang menunggu dihadapan sana adalah doa dan rezeki butiran permata 
#pinjam ayat dalam film zaiton : ceritaku tapai diolah sedikit














Tuesday, November 27, 2012

F I R S T S T E P

~ ASSALAMUALAIKUM ~

Dikala sepi mula merantai perasaan dan hati kita ini mula memikirkan tentang kehidupan yang bakal dicorakan kelak, kerana masih tersimpan lembaran putih yang perlu dicorakan dengan pelbagai peglipur suka dan duka diari hidup ini.

Dikala pepohon mula mengugurkan satu demi satu helaian daun dari setiap reranting yang bercambah itu, kita harus sedar bahawa masa semakin mencemburui diri kita sebagai sebahagian pelakon diatas pentas melodrama yang dihasiulkan melalui karya-karya kehidupan didalam sedar atau sebaliknya.

Cermin menjadi sebahagian dari perhiasan kita sebagai umat manusia yang sentiasa haus mencari ilmu, suka dan duka diatas pentas ini. Cermin adalah sebahagian kehidupan yang azali kerana denganya kita tidak lupa siapa diri kita walupun telah jauh kita menyimpang dari haluan sebenar sebagai umat manusia.

Suatu hari nanti kita akan sedar sendiri bahawa diri kita bukan sepi dirantai tetapi sepi kerana diri kita sendiri, sengaja mencari sepi adalah siapa diri kita sebenarnya. ubah haluan kepada yang sebenar didalam sepi menjadikan siapa diri ini yang sebenar...


Powered By Blogger